apa maksud sahabat sebenarnya..?
adakah aku yang keliru atau engkau yang celaru..?
siapa yang faham sebenarnya erti sebuah persahabatan
kadang-kadang aku buntu
mengapa seorang sahabat yang amat aku sayangi selama ini sanggup menikamku dari belakang?
apa motifnya dan apa yang engkau mahukan sebenarnya
aku mula bingung dengan semua yang terjadi dalam hidupku
benar kata mama dan abah aku
kita tak mungkin dapat sahabat sebagaimana yang kita harapkan
sahabat sejati sukar di cari
ya..memang benar
sahabat sejati sukar di cari
tetapi sahabat untuk berhibur dan bersuka ria ada di mana-mana
aku bertambah keliru dan makin celaru apabila mula berteman dengan lain jantina
perkenalan bermula sebagai teman biasa
akhirnya makin senang berkongsi duka dan suka
tapi mengapa setelah sekian lama akhirnya kau meluahkan rasa
mengapa?
kau katakan bahawa kau sayang aku
dan
mahu memiliki hatiku
aku buntu
bagaimana seorang sahabat mampu ku angkat sebagai teman hidupku
suri hatiku
oohh
sukar dan tak mungkin aku mampu untuk melaluinya
aku bertanyakan pada mama dan abah perihal kita
mereka hanya mampu berkata
"keputusan ditangan angah..fikirlah apa yang terbaik.dan jangan tersalah atur"
aku berfikiran sehingga tanpaku sedari
aku mula menjauhkan diri dari kau
maaf
akhirnya aku berkeputusan mahu menerima lamaran kau.
aku gembira kerana kau turut bergembira
nyata keputusanku tidak salah
hubungan kita semakin rapat
Ku sangka panas sampai ke petang,,,rupanya hujan ditengah hari
kau mula menjarakkan diri
kau mula bersikap kasar dan mengabaikanku
akhirnya kau luahkan juga
"awak,,saya minta maaf.sampai disini sahaja hubungan kita..saya sudah menemui perempuan yang sesuai dengan saya.semoga awak bahagia"
hancurnya hati tiada siapa tahu.tapi saya masih tersenyum dan menghulurkan tangan mendoakan dia bahagia..
mulai hari itu,terputuslah hubungan kami,,,
begitu juga persahabatan kami.tapi bukan atas relaku..dia tidak lagi membalas khabar padaku..
tidak mengapalah..mungkin ini suratan ku dalam persahabatan...
aku berdoa pada-Mu Ya Allah
kurniakanlah aku sahabat yang sebenarnya sahabat....
Amin...Yarabbalalamin..
No comments:
Post a Comment